Rabu, 05 September 2012

Puisi Perjuangan : demokrasi itu telah lama mati

“… matinya demokrasi.”
Tajuk besar Harakah Daily
mengiringi kemenangan Dr Zambry.

Kenapa?
Baru sedar kini?

Bagi kami
demokrasi itu telah lama mati
sejak hari pertama muncul di bumi
terpancut dari rahim ibunya, akidah sekularisme
yang telah dibidani cendikiawan syaitan
dalam kegelapan zaman pertengahan.

Yang sekarang merayau berjalan
hanyalah hantu jelmaan
tiada berruh tiada bertuhan.

Merasuk dan membaham
mereka yang tenggelam
di lautan pemikiran kelam

Walaupun ikhlas berkiprah
sayang tidak jelas fikrah
tidak mendalami tariqah.

Kita adalah mangsa kejahatan demokrasi
siluman menyembunyi jatidiri
dilihat hanya simata jeli.

Ayuh sahabat!
Terlanjur kau telah sedar kini
demokrasi itu telah mati
bangkainya, mari kita sama-sama campakkan
ke kubur yang paling dalam
tanpa bunga tanpa nisan
di lembayung malam sejarah silam.

Description: Puisi Perjuangan : demokrasi itu telah lama mati, Rating: 4.5, Reviewer: Majalah Bisnis, ItemReviewed: Puisi Perjuangan : demokrasi itu telah lama mati