Rabu, 05 September 2012

Puisi Perjuangan : mengenal watak dan peranan

Ke hulu, ke hilir ku berjalan,
mencari hala tujuan,
menongkah arus kehidupan,
mengenal watak dan peranan,
membongkar hakikat penciptaan,
meneroka keindahan,
menimba ilmu dan pengalaman.

Ke hulu, ke hilir ku berkelana,
adakalanya ku terlena,
ada masanya ku terpesona,
tertipu dek suasana,
yang pada hakikatnya hanyalah fatamorgana.

Pencarian ini akan diteruskan,
dengan seribu doa dan harapan,
mendamba ampunan,
dan petunjuk sepanjang jalan,
agar daku tak ketinggalan,
agar daku tak kerugian,
agar kelak di penghujung jalan,
daku bersama muqarrabin dan golongan kanan

Description: Puisi Perjuangan : mengenal watak dan peranan, Rating: 4.5, Reviewer: Majalah Bisnis, ItemReviewed: Puisi Perjuangan : mengenal watak dan peranan